Amerika Menambah DJI Dibawah Senarai Entiti Yang Disenarai-Hitam – Nasib Seumpama Huawei?

Diterbitkan pada Dis 18, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amerika Syarikat hari ini telah menambah syarikat-syarikat baru dibawah senarai entiti yang disenarai hitamkan dibawah operasi ekonomi, dan salah satu syarikat yang turut ditambah adalah pengeluar dron terkemuka, iaitu DJI.

Buat masa ini, pihak DJI masih belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan hal ini.

Dengan penyenaraian DJI dibawah senarai entiti ini, ia sekaligus membuatkan pelbagai syarikat di Amerika tidak boleh menawarkan kepakaran dan teknologi kepada pihak DJI.

Disamping itu, kedai di Amerika juga mungkin tidak boleh menjual produk DJI secara terus di negara berkenaan.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat memetik mengatakan halangan ini dilakukan disebabkan oleh hak kemanusiaan, berbanding denga sekuriti. Ia pernah diperkataka dron DJI digunakan untuk tujuan memantau Uighurs pada 2017 yang lepas.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa Amerika turut menyentuh mengenai penggunaan barangan China, yang mungkin membawa kepada masalah sekuriti.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi bagaimanakah impak halangan ini terhadap DJI, dan berapakah kebergantungan mereka terhadap teknologi yang dihasilkan dari negara Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Huawei turut ditambah pada senarai entiti berkenaan, membuatkan mereka kehilangan akses kepada kedai aplikasi Google, disamping kesukaran mendapatkan komponen, cip dan sebagainya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami