Tencent Membeli Tambahan 10% Pegangan Pada Universal Music Group
December 19, 2020
Lain-lain
Aman
Tencent kini dilaporkan membeli tambahan 10% pegangan pada Universal Music Group – salah satu syarikat penerbit muzik terkemuka dunia. Pembelian ini adalah tambahan kepada pegangan Tencent yang sedia pada syarikat penerbit muzik berkenaan.
Tencent sedia memperluaskan portfolio mereka dengan fokus terhadap kandungan video, permainan dan juga muzik.
Selain Universal Music Group, pihak Tencent turut mempunyai pegangan pada perkhidmatan penstriman muzik Spotify, selain turut mempunyai pegangan pada syarikat muzik Warner Music Group.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.