Yes Umum Yes Databack – 5GB Data Percuma Apabila Anda Belanja RM50 Di Shopee

Diterbitkan pada Dis 21, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

YTL Communications Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan laman e-dagang, Shopee untuk bersama-sama melancarkan kempen, Yes Databack . Ia merupakan program penebusan data internet percuma untuk setiap perbelanjaan atau pembelian yang dibuat menerusi platform Shopee.

Melaluinya, anda boleh menerima 5GB data internet percuma daripada Yes untuk setiap perbelanjaan sebanyak RM50 di Shopee. Kemudian, data internet percuma ini akan bertambah lagi sebanyak 5GB untuk setiap perbelanjaan RM50 yang seterusnya. Ia bagaimanapun, hanya boleh ditebus terhad sehingga 100GB sahaja.

Turut difahamkan, data percuma ini akan ditawarkan dalam bentuk baucar yang dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pengguna. Semakan kami menerusi laman Yes, tempoh sah laku baucar adalah sehingga 4 bulan dari tarikh ianya dikeluarkan. Selain, boleh ditebus oleh semua pelanggan prabayar dan pascabayar Yes yang aktif.

Dalam pada itu, anda juga boleh mendapatkan pelan kad SIM prabayar Yes pada harga bayaran RM1 sahaja (terhad kepada satu pembelian bagi setiap pelanggan). Melaluinya, ia menawarkan data 10GB secara percuma, serta masa penggunaan selama 30 hari. Bukan itu sahaja, Yes turut menanggung kos penghantaran, sekaligus membolehkan anda mendapatkan kad SIM berkenaan tanpa sebarang caj tambahan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami