Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S2 adalah antara peranti klasik Samsung yang hebat. Ramai kenalan saya sendiri menggunakannya, banyak sokongan custom ROM, dan banyak lagi. Peranti ini dilancarkan pada tahun 2011, siapa sangka pada tahun 2020 dengan usia sembilan tahun – peranti ini masih boleh digunakan lagi.

Tetapi agak terhad. Apa yang menarik adalah, seorang pembangun bebas telah hadir dengan custom ROM Android 11 untuk peranti ini berdasarkan LineageOS 18.1 Ini sungguh menarik, kerana peranti-peranti baru Samsung pun masih ada yang tersangkut dengan Android 10 lagi. Peranti berusia sembilan tahun sudah menerima Amdroid 11.

Custom ROM ini terhad kepada model GT-I9100 sahaja. Skrin, WiFi, kamera, audio semuanya berfungsi dengan baik. Kemaskini ini membolkehkan panggilan masuk diterima, tetapi panggilan keluar tidak boleh dilakukan. Beberapa perkara lain yang berkaitan dengan rangkaian juga ada pepijat. Contoh GPS, FM Radio, cast skrin tidak berfungsi. Ia juga adalah ROM jenis IsoRec yang mana boleh diflash dengan Odin mudah sekali.

Bagi sesiapa yang masih memiliki peranti ini, anda boleh cuba bermain dengan custom ROM ini jika ingin kembalikan peranti tersebut sebagai kenangan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd