Oppo sedia hadir dengan penawaran siri Oppo Reno5, baru-baru. Siri ini terdiri dengan tiga model berbeza, namun hanya dua model yang sedia diperkenalkan tempoh hari. Sementara, model ketiga iaitu Oppo Reno5 Pro+ 5G dijadualkan akan diperkenalkan pada 24 Disember 2020.
Oppo Reno5 Pro+ 5G dikatakan hadir dengan skrin 6.55-inci AMOLED, cip Snapdragon 865, kamera utama 50MP dan sokongan pengecasan pantas 65W. Kini, lebih banyak maklumat mengenainya mula dikongsi yang menunjukkan penggunaan sensor Sony IMX766 untuk kamera utamanya. Menurut entri yang dikongsi oleh Oppo, sensor ini dibangunkan bersama oleh OPPO dan Sony dan dikatakan bakal menyertakan prestasi kamera lebih baik.
Selain itu, sensor ini juga dilihat diiringi oleh sokongan tiga lagi lensa berbeza, selain juga dilengkapi sokongan lensa swafoto 32-Megapixel. Bukan itu sahaja, ia juga dilihat menggunakan kemasan matte dengan panel belakang yang bertekstur. Tiada maklumat lanjut mengenai harga, ia akan diketahui pada pelancaran rasmi kelak.