Anda Kini Boleh Membayar Bil Menggunakan Aplikasi BigPay

Diterbitkan pada Dis 21, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

BigPay ialah sebuah aplikasi dompet digital yang turut menggabungkan penggunaan kad debit fizikal yang cukup berguna tidak kira didalam ataupun di luar negeri.

Hari ini, BigPay telah mengumumkan dimana pengguna boleh mula membayar bil-bil bulanan mereka, dimana sejumlah besar syarikat-syarikat tenaga, air dan telekomunikasi melalui aplikasi mereka.

Syarikat-syarikat ini termasuklah Nur Power Distribution, Sabah Electricity, Sarawak Energy, Air Johor, Air Kedah, Air Kelantan, Air Kuching, Air Melaka, Air Negeri Sembilan, Air Perak, Air Perlis, Air Selangor, Air Terengganu, Celcom Postpaid, RedONE Postpaid, U Mobile Postpaid, Yes Prepaid, Astro dan syarikat penjualan perabot dan barangan elektronik Courts Mammoth.

Untuk mengakses ciri ini didalam aplikasi tersebut, pengguna hanya perlu memasuki bahagian Payments, dan senarai syarikat-syarikat ini akan diperlihatkan didalam bahagian Bills.

Pembayaran bill adalah cukup mudah, dimana pengguna hanya perlu memilih syarikat yang ingin anda bayarkan bil tersebut, masukkan nombor akaun anda, dan lengkapkan pembayaran menggunakan sistem OTP terbina didalamnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami