Bauhutte Memperkenalkan Selimut Gaming Untuk Musim Sejuk Dan Mereka Yang Gemar Duduk Dalam Bilik Sejuk

Bauhutte Memperkenalkan Selimut Gaming Untuk Musim Sejuk Dan Mereka Yang Gemar Duduk Dalam Bilik Sejuk

Diterbitkan pada Dis 21, 2020 oleh .

Pada awal tahun ini, Bauhutte telah memperlihatkan rekaan katil gaming yang menggabungkan pelbagai perabot-perabot mereka yang boleh disusun untuk menjadi sebuah kubu gaming untuk mereka yang tidak mahu keluar dari bilik.

Terkini, Bauhutte memperkenalkan selimut gaming pula yang dinamakan Wata Tank. Selimut bersaiz besar ini diperbuat daripada gabungan bulu kambing biri-biri dan juga kapas yang dinamakan “thermal cotton” yang menjanjikan keselesaan dikala keseluruhan bilik anda berasa sejuk di musim sejuk, ataupun penghawa dingin menyejukkan kawasan persekitaran anda.

Bahagian atasnya berwarna hitam, tetap dibawahnya hadir dengan empat warna berbeza, termasuklah hitam, merah, biru dan hijau yang boleh anda pilih bergantung kepada keinginan anda.

Apa yang menarik mengenai selimut ini ialah ia mempunyai ruang terbuka yang membolehkan anda mengeluarkan tangan anda untuk bermain permainan video, komputer ataupun permua, tetapi masih lagi menyelimuti keseluruhan badan anda yang lain.

Selimut Wata Tank ini juga mempunyai lapisan menyerap air yang boleh menyerap peluh jika anda berpeluh dibawah selimut, dimana ia boleh dicuci dengan mesin basuh.

Selimut Wata Tank Bauhutte ini boleh dibeli melalui laman web Amazon Japan pada harga 11,469 yen ataupun sekitar RM450.


Paling Popular