Cari @ Amanz

Melanggan kepada perkhidmatan penstriman video, muzik dan storan awanan kini telah menjadi kebiasaan kerana kos jangka panjang yang lebih murah berbanding membeli storan fizikal. Kini wujud sebuah lagi perkhidmatan penstriman yang ingin menawarkan langganan gambar bulanan.

WindowSight ingin menawarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna televisyen pintar sebagai imej latar belakang yang boleh diubah. Jurugambar boleh meletakkan gambar mereka pada platform ini dan menerima bayaran apabila imej digunakan. Pada waktu ini WindowSight disokong pada televisyen pintar Samsung, LG, Apple TV dan Android TV.

Sebanyak 5000 gambar boleh diakses secara percuma pada telefon pintar. Tetapi dengan bayaran €16.99 (~RM84) bulanan pula WindowSight boleh digunakan pada 3 televisyen pintar dengan bingkai yang boleh dipilih oleh pengguna. Perkhidmatan ini sebenarnya tidaklah unik kerana telahpun ditawarkan oleh Samsung pada TV QLED mereka pada harga sekitar RM21 setiap bulan. Tetapi bagi mereka yang mungkin ingin memaparkan imej yang cantik pada TV ketika tidak digunakan, ini ialah perkhidmatan alternatif yang boleh digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd