Cari @ Amanz

Ryan Kaji, seorang budak berumur 9 tahun kini mencatatkan pendapatan anggaran hampir RM120 juta melalui platform YouTube, sekaligus menjadikan dia sebagai penerbit YouTube yang menjana pendapatan paling tinggi untuk tahun 2020 ini.

Ryan Kaji yang sering membuat ulasan berkaitan permainan, dan nyah-kotak permainan baharu, kini telah memasuki tahun ketiga memegang takhta berkenaan.

Ryan Kaji sebelum ini telah mula menghasilkan video untuk YouTube sejak Mac 2015 yang lepas. Keluarga Ryan Kaji sendiri kini menjalankan sekitar sembilan saluran YouTube dibawah mereka.

Menduduki tangga kedua adalah Jimmy Donaldson atau lebih dikenali sebagai Mr Beast dengan pendapatan dianggarkan sekitar RM97 juta, dan diikuti Dude Perfect dengan pendapatan anggaran sekitar RM93 juta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd