Google sebelum ini telah mengumumkan perancangan mereka untuk menawarkan pengalaman pelayaran web yang lebih baik untuk pengguna, dan akan menghalang iklan yang tidak mengikuti piawaian.
Termasuk dalam iklan yang akan dihalang adalah iklan yang berat – dimana menggunakan sumber yang tinggi atau mengammbil masa yang lama untuk dimuatkan. Menurut Google, iklan yang berat diklasifikasikan dengan iklan yang menggunakan data lebih 4MB atau penggunaan CPU yang tinggi selama 15 saat.

Lanjutan pengumuman tempoh hari, kini kami telah mula melihat Google mula mengimplementasi perkara berkenaan pada penggunaan Chrome kami.

Beberapa paparan iklan yang berat dihalang – sekaligus menawarkan pengalaman pelayaran yang baik. Google juga memaparkan mesej kepada pengguna apabila iklan berkenaan dihalang.
Langkah ini dilakukan Google dalam usaha untuk memastikan pembangun web menawarkan pengalaman pelayaran yang baik – serta tidak menganggu pelayaran dengan menggunakan tenaga atau mengambil masa yang terlalu lama untuk dimuatkan.
Bagi anda sendiri, adakah anda telah mula melihat perubahan ini pada pelayaran web anda?