Cari @ Amanz

DXO kini telah mengeluarkan skor untuk telefon pintar Huawei Mate 40 Pro+. Telefon pintar ini kini menduduki tangga pertama di DXO dengan skor sebanyak 139 – memperlihatkan perbezaan sebanyak 3 mata berbanding Mate 40 Pro, dan sehingga 9 mata berbanding Apple iPhone 12 Pro Max.

Menurut DXO, ia menawarkan ciri seumpama Mate 40 Pro, tetapi penambahan sokongan kamera telefoto dan ultra-lebar menawarkan lebih pilihan rakaman untuk mereka yang gemarkan jarak fokal berbeza. Pada masa yang sama, penstabilan imej optikal pada kamera utama turut menambah-baik hasil rakaman.

Buat masa ini, peranti variasi ini masih tidak diumumkan untuk pasaran Malaysia lagi. Adakah anda yang gemarkan fotografi akan mendapatkan telefon ini apabila ia dipasarkan kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd