Cari @ Amanz

Pada hari ini, kita sedia melihat pelaksanaan MNP (Mobile Nummber Portability) yang membolehkan pengguna menyimpan nombor telefon sama pada telefon bimbit dan berpindah ke penyedia rangkaian yang lain. Kini, SKMM sedang mengkaji untuk melaksanakan perkara sama untuk talian tetap.

Dinamakan sebagai FNP (Fixed Number Portability), ia akan membolehkan anda menyimpan nombor talian tetap yang sama ketika berpindah rumah atau pejabat, atau ketika beralih ke penyedia perkhidmatan lain.

Pada hari ini, kebiasaannya anda terpaksa menukar nombor telefon ke nombor baru sekiranya berpindah rumah dari satu kawasan ke kawasan lain. Dengan pelaksanaan FNP, ia akan membolehkan anda menyimpan dan menggunakan nombor talian tetap yang sama – dan tidak perlu lagi melalui proses memaklumkan rakan-rakan, dan ahli keluarga berkenaan pemindahan nombor telefon.

SKMM mengatakan akan mula mendapatkan maklumbalas awam berkenaan pelaksanaan FNP ini bermula 18 Disember 2020 sehingga 1 Mac 2021 kelak. Dengan mendapatkan maklumbalas awam, ia akan memudahkan SKMM untuk bergerak ke langkah seterusnya sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd