Canon Mempatenkan Kamera Digital Dengan Butang Pengatup Pad Sesentuh

Canon Mempatenkan Kamera Digital Dengan Butang Pengatup Pad Sesentuh

Diterbitkan pada Dis 22, 2020 oleh .

Sebagai nama besar dalam dunia fotografi, Canon memperkenalkan pelbagai inovasi seperti memperkenalkan DSLR dan rakaman FHD pada kamera digital. Inovasi seterusnya dari mereka mungkin meminjam ciri yang dipopularkan terlebih dahulu pada telefon pintar.

Menurut laporan Canon News, Canon telah mempatenkan rekaan kamera dengan butang pengatup pad sesentuh menggantikan butang pengatup fizikal yang telah wujud lebih se abad. Mengambil gambar tidak memerlukan lagi jurugambar menggunakan kamera seperti pada aplikasi kamera.

Pada sesentuh merangkap butang pengatup kamera ini juga boleh digunakan untuk mengawal menu kamera. Jurugambar boleh mengubah tahap dedahan, mod rakaman dan banyak lagi menerusinya sekaligus tidak lagi perlu mengakses tombol kawalan fizikal yang digunakan sekarang.

Kewujudan paten tidak bermaksud produk sebenar akan dilancarkan segera. Tetapi dengan pasaran kamera digital terjejas teruk dengan kepopularan kamera telefon pintar, meminjam ciri mungkin antara langkah yang maakul.


Paling Popular