Cari @ Amanz

Dyson adalah jenama barangan elektrik seperti penapis udara, robot vakum, vakum nirwayar, pengering rambut, kipas nirbilah dan banyak lagi. Ia juga dikira sebagai jenama yang mewah dan mahal. Terdapat banyak produk mereka yang menarik dan hebat, tetapi sayang sekali Dyson tidak mempunyai ekosistem peranti berhubung untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih menarik.

Tetapi syukur, Dyson dan Google bekerjasama agar produk-produk mereka boleh dijadikan sebagai peranti berhubung. Kini terdapat tujuh produk Dyson yang boleh disambungkan dengan Google Home untuk dikawal oleh Google Assistant. Dengan ini, pengguna boleh menyeru Google Assistant untuk mengarahkan produk-produk Dyson melakukan tugasan.

Dyson 360 Eye

Berikut adalah senarai produk yang disokong;

  • Dyson Pure Cool (with smart connectivity)
  • Dyson Pure Cool Link”
  • Dyson Pure Hot+Cool Link
  • Dyson Pure Cool
  • Dyson Pure Hot+Cool
  • Dyson 360 Eye
  • Dyson 360 Heurist

Antara arahan suara yang boleh dilakukan adalah menyebut “Hey Google” dan kemudian sebut “Turn on my purifier”, “Set the fan speed to five”, “Increase the temperature”, “Turn off my purifier”, “Start vacuuming”, “Stop the vacuum” atau juga “Send the vacuum home”. Ini adalah perkara menarik dan memudahkan lagi pengguna. Sebelum ini, ia hanya menyokong Amazon Alexa dan Siri sahaja.

Tetapi menurut Android Police, aplikasi Google Home nasih belum dikemaskini sepenuhnya. Ada beberapa arahan dan tetapan masih lagi terhad. Adakah anda antara pengguna-pengguna barangan Dyson? Jika ya, adakah anda boleh sambungkan pada Google Home?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd