103 Menara Telekomunikasi Akan Dibangunkan Di Johor Sepanjang Tahun 2021

103 Menara Telekomunikasi Akan Dibangunkan Di Johor Sepanjang Tahun 2021

Diterbitkan pada Dis 22, 2020 oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru-baru ini telah memperlihatkan laporan suku tahunan mereka yang memperlihatkan perkembangan program JENDELA sejak ia diperkenalkan pada pertengahan tahun ini.

Sejak itu, kita mendapati bahawa bukan sahaja syarikat-syarikat teknologi tempatan sedang berganding bahu untuk meningkatkan capaian rangkaian 4G di Malaysia, tetapi juga Pulau Pinang menjadi negeri pertama untuk menjadikan perkhidmatan telekomunikasi sebagai utiliti ketiga di negara ini.

Terkini, kerajaan Johor mengesahkan bahawa sebanyak 103 menara telekomunikasi 4G akan dibangunkan di negeri tersebut untuk memperbaiki lagi capaian rangkaian tersebut, khususnya di luar bandar dan kawasan pedalaman.

Menara-menara ini juga akan dibina di pulau-pulau sekitar Johor untuk memastikan liputan rangkaian 4G yang memuaskan tidak kira dimana

Selain daripada itu, kerajaan Johor juga akan membelanjakan sebanyak RM2.0 juta untuk Program WiFi 2.0 untuk membangunkan pusat-pusat internet di sekitar negeri itu untuk memastikan bahawa mereka yang tidak mampu untuk membayar langganan internet rumah atau mudah-alih mereka sendiri turut dapat menikmati semua perkhidmatan atas-talian yang ditawarkan.



Paling Popular