Cari @ Amanz

KFC kini telah pun memperkenalkan KFConsole secara rasminya, sekaligus turut menyertai arena konsol selain daripada PlayStation dan juga Xbox. Untuk makluman, KFC sedia mengacah pengenalan konsol ini sejak daripada bulan Jun lepas, dan telah mengalami penangguhan beberapa kali sebelum ini.

KFConsole ini dibangunkan oleh Cooler Master, hadir dikuasakan Intel NUC 9, serta GPU  daripada NVIDIA. Melengkapkan ia juga adalah storan 1TB Seagate Barracuda 1TB SSD.

Dengan spesifikasinya, konsol ini boleh menjalankan permainan pada kadar resolusi 4K, 240fps, selain turut menyokong permainan realiti-maya.

Menariknya juga, KFConsole menyertakan sebuah ruangan khas, yang menggunakan haba yang dijana dari komputer berkenaan untuk memanaskan ayam. Untuk makluman, ia hanya untuk memanaskan ayam yang sedia dimasak sahaja, dan memastikan ia enak dimakan pada bila-bila masa, dan tidak sejuk.

Buat masa ini, KFC atau Cooler Master masih belum mengumumkan bilakah ia akan ditawarkan kepada umum, atau adakah KFC hanya menawarkannya dalam kuantiti terhad sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd