Carian
Apple Dijangka Memperkenalkan AppleTV Baru Pada 2021 – Lebih Memfokuskan Permainan Video
December 23, 2020 Aman

Apple TV merupakan penawaran sebuah kotak set yang dihubungkan ke kaca televisyen, dan membolehkan anda menikmati sejumlah ciri-ciri pintar menarik melaluinya.

Terbaru, melalui Bloomberg, ia dilaporkan Apple TV generasi baru bakal diperkenalkan pada tahun 2021 kelak.

Apple TV baru ini akan hadir dengan penawaran yang lebih memfokuskan kepada permainan video,dijana menggunakan cip pemprosesan baharu, selain menggunakan sebuah alat kawalan yang serba baru.

Dengan ini juga, ia mungkin membolehkan para pengguna menikmati pelbagai permainan dibawah Apple Arcade melaluinya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Apple TV baharu ini pada 2021 kelak.

Komen