Microsoft Dan 18 Syarikat Teknologi Lain Akan Membangunkan Pasukan Petugas Perisian Tebusan

Microsoft Dan 18 Syarikat Teknologi Lain Akan Membangunkan Pasukan Petugas Perisian Tebusan

Diterbitkan pada Dis 23, 2020 oleh .

Perisian tebusan, ataupun lebih dikenali sebagai ransomware ialah sejenis perisian hasad yang mengunci maklumat yang terkandung didalam sesebuah komputer ataupun mesin pelayan, dimana penggodam biasanya akan meminta sejumlah wang besar sebelum data tersebut dipulangkan semula kepada pemiliknya.

Diantara mangsa-mangsa terbesar perisian tebusan ini termasuklah syarikat-syarikat seperti Boeing, Fedex, Honda, Nissan dan sebagainya. Kebanyakan kes-kes besar ini juga disebabkan perisian tebusan WannaCry yang telah mengakibatkan kerugian yang cukup serius sekali terhadap syarikat-syarikat ini.

Untuk membendung, ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan kadar serangan perisian tebus ini terhadap syarikat-syarikat dan juga individu, Microsoft, bersama-sama dengan McAfee dan 17 syarikat teknologi lain akan membangunkan sebuah Pasukan Petugas untuk menangani situasi-situasi seperti ini.

Dengan Pasukan Petugas ini, sebuah rangka kerja akan dibangunkan yang boleh digunakan oleh mana-mana ahli pasukan untuk membantun individu dan syarikat yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan semula data mereka, dan untuk meningkatkan kemampuan penyulitan data dan rangkaian mereka supaya ia lebih sukar untuk digodam.

Butiran lebih lanjut mengenai Pasukan Petugas perisian tebus ini akan diperlihatkan dengan lebih lanjut pada bulan hadapan. Buat masa ini, tiga syarikat didalam pasukan ini yang diketahui termasuklah Microsoft, McAfee dan juga Institute For Security and Technology.


Paling Popular