Kemaskini Baru Asus ROG Phone 3 Menambah Sokongan VoLTE Untuk Pengguna Maxis

Kemaskini Baru Asus ROG Phone 3 Menambah Sokongan VoLTE Untuk Pengguna Maxis

Diterbitkan pada Dis 23, 2020 oleh .

Asus kini telah mengumumkan penawaran kemaskini perisian terbaru untuk pengguna Asus ROG Phone 3. Melaluinya, ia menyertakan sejumlah kemaskini memfokuskan kepada sekuriti Android, disamping pada masa yang sama kini ia menyertakan penambahan sokongan VoLTE untuk pengguna Maxis.

Dengan penambahan sokongan VoLTE, pengguna boleh membuat panggilan menggunakan rangkaian 4G LTE – sekaligus menikmati kualiti panggilan yang baik, dan pada masa yang sama membolehkan anda kekal berhubung ke rangkaian internet ketika sedang melakukan panggilan.

Ciri lain yang turut ditambah baik adalah sokongan pencahayaan Aura, dan penambahan tetapan muat-turun automatik dibawah WiFi untuk kemaskini sistem operasi.

Bagi anda yang menggunakan Asus ROG Phone 3, boleh melakukan kemaskini, dan menikmati ciri baru yang disertakan ini.



Paling Popular