Cari @ Amanz

Huawei Nova adalah siri peranti premium Huawei yang lebih mampu milik. Jika anda tidak mampu membeli siri P atau siri Mate, Nova adalah pilihan baik. Tahun ini yang dijual di Malaysia adalah siri Nova 7 5G dan Nova 7 SE, tetapi 2020 belum berakhir – Huawei telah hadir dengan siri Nova 8 pula.

Nova 8 adalah sebuah peranti yang 100% baru dan lain dari siri Nova lain. Huawei memperkenalkan dua peranti dalam siri ini, iaitu Nova 8 dan Nova 8 Pro. Kedua-dua peranti ini sama sahaja, dijana dengan cip Kirin 985 – tetapi apakah bezanya dan apa yang menarik?

Nova 8

Nova 8 hanya ditawarkan dengan pilihan memori 8GB RAM, tetapi storan boleh dipilih sama ada 128GB atau 256GB. Skrin adalah 6.5-inci OLED FHD+ dengan sokongan 120Hz. Skrin juga adalah melengkung di kedua-dua sisi. Lubang pada skrin memuatkan lensa 32MP untuk swafoto, modul kamera unik di belakang pula memuatkan sistem kuad-kamera  64+8+2+ 2 Megapixel. Untuk bateri, ia memuatkan saiz 3800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W.

Nova 8 turut merupakan antara peranti bukan Samsung terawal yang hadir dengan skrin berlubang di tengah-tengah.

Nova 8 Pro

Juga sama sahaja di antara dua ini. Cip sama, skrin 120Hz yang sama, tetapi disebabkan ia Pro – akan ada ciri/fungsi khusus untuk model ini. Beza paling ketara adalah pada saiz skrin dan juga kamera swafoto. Nova 8 Pro menggunakan skrin 6.72-inci FHD+ OLED dan mempunyai dwi-kamera swafoto 32+16 Megapixel. Bateri pula adalah 3900mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W. Memori juga sama, iaitu 8GB RAM dengan pilihan storan 128GB atau 256GB. Kamera utama juga adalah sama dan langsung tiada beza.

Huawei kali ini dilihat mengikut jejak langkah Xiaomi, seperti yang dilakukan pada Xiaomi Mi 10T.

Kedua-dua peranti ini turut mempunyai NFC untuk pembayaran nirtunai, skrin yang dikuasakan dengan AI untuk pengalaman menonton yang lebih baik, fungsi suntingan automatik Vlog dari Mate 40 turut diperkenalkan dalam peranti ini. Bukan itu sahaja, fungsi suntingan AI dari Mate 40 turut disertakan. Peranti ini dilihat memfokuskan kepada pengguna kreatif seperti yang sukakan video vlog, ingin memulakan saluran YouTube – Huawei katakan ini adalah peranti permulaan yang bagus kerana mempunyai sistem kamera yang baik.

Untuk harga jualan, Nova 8 dijual pada harga bermula RMB3299 (~RM2051) dan mencapai RMB3699 (~RM2300) . Manakala Nova 8 Pro pula adalah RMB3999 (~RM2486) dan mencapai sehingga RMB4399 (~RM2735). Kedua-dua peranti ini mempunyai pilihan warna yang sama iaitu hitam, hijau, ungu, serta warna cerun. Buat masa ini ia hanya ditawarkan di China sahaja, tidak pasti lagi jika ia akan dijual di Malaysia ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd