Berhati-Hati Dengan SMS Palsu Berkenaan Status Permohonan KWSP i-Sinar

Diterbitkan pada Dis 23, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pihak KWSP telah membuka pendaftaran untuk program i-SINAR pada minggu ini, sekaligus membolehkan mereka yang terjejas untuk mengeluarkan wang dari akaun KWSP untuk perbelanjaan. Walaupun hanya dibuka pada minggu ini, tetapi kini ia didapati terdapat beberapa pihak bertanggungjawab yang menyasarkan pengguna KWSP ini.

KWSP kini memaklumkan yang mana terdapat SMS palsu yang dihantar kepada pengguna, yang bertujuan untuk mencuri data ahli.

Pihak KWSP menekankan yang mana mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan simpanan KWSP anda. Pengguna boleh menghubungi pihak KWSP terus melalui talian khas i-Sinar melalui 03-8922 4848 untuk mengesahkan pelbagai perkara, termasuk bertanyakan berkenaan dengan i-Sinar ini.

Berhati-hati dengan sebarang SMS yang anda terima, dan jangan tekan sebarang pautan yang meragukan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami