Carian
Google Play Store Kini Mempunyai Permainan Ketika Tiada Akses Internet Seperti Chrome
December 23, 2020 Fahim Zahar

Google Chrome jika tiada akses Internet, satu permainan ringkas akan ditawarkan – iaitu permainan lompat-lompat dinosaur. Ia kerap dikenali sebagai dino game, Dinosaur Game, T-Rex Game atau Dino Runner – nama rasmi seakan tiada untuk permainan ini.

Jika tiada Internet, pengguna hanya perlu tekan bar ruang dan terus tekan untuk memainkan permainan ini. Halangan yang ada adalah pokok kaktus atau burung. Terkini, Google dilihat menawarkan permainan lain untuk Google Play Store jika tiada sambungan Internet. Permainan ini adalah Hot Air Balloon. Permainan ini menggunakan tema yang sama dengan permainan dino game. Ia banyak pixel, warna monokrom dan mempunyai kawalan yang ringkas.

Pengguna hanya perlu mengelak palang-palang yang ada dan kumpulkan belon-belon buih yang kecil untuk menerima skor yang tinggi. Buat masa ini, permainan ini dilihat masih terhad kepada beberapa pengguna terpilih sahaja. Tetapi agak menarik untuk melihat konsep seperti ini tiba. Jika anda tiada Internet dan masih tidak ingin bersosial – anda boleh teruskan menggunakan peranti anda dan mainkan permainan ringkas ini.

Sama-sama kita nantikan kemunculan permainan ini di semua peranti Android yang ada Play Store.

Komen