Telegram Hadir Dengan Sokongan Perbualan Suara – Bersaing Dengan Discord

Telegram Hadir Dengan Sokongan Perbualan Suara – Bersaing Dengan Discord

Diterbitkan pada Dis 23, 2020 oleh .

Walaupun WhatsApp telah dilancarkan sejak tahun 2009 dan Telegram pada tahun 2013, Telegram sentiasa ke hadapan dengan banyak ciri dan fungsi menarik dan unik. Kemudian barulah WhatsApp tiru, itupan fungsinya masih terhad dan tidak seronok digunakan seperti Telegram. Terkini, Telegram hadir dengan satu lagi fungsi – iaitu perbualan suara (voice chat).

Telegram kini boleh dikatakan bersaing dengan Discord. Mana-mana kumpulan Telegram kini boleh terus melakukan perbualan suara. Fungsi perbualan suara ini adalah sama sahaja dengan konsep menghantar mesej suara. Tetapi kini perbualan suara adalah secara langsung. Sekali diaktifkan, sesiapa sahaja yang dijemput atau menyertai perbualan suara ini boleh bercakap dengan antara satu sama lain secara langsung seperti mana anda berbual dengan ramai orang di dalam pejabat.

Funsgi ini adalah lebih kurang sama dengan panggilan suara berkumpulan, tetapi lebih fleksibel. Ketika membuat panggilan suara, pengguna perlu meletakkan peranti di telinga atau jika menggunakan mod pembesar suara – antaramuka akan mengganggu penggunaan peranti. Perbualan suara Telegram ini mempunyai ikon terapung, mudah dibuang, boleh masuk dan keluar bila-bila, boleh tekan untuk cakap, boleh aktifkan mod pembesar suara dan banyak lagi.

Anda boleh bayangkan begini, jika anda sedang bermain PUBG Mobile – akan ada perbualan suara. Konsepnya sama. Anda boleh sentiasa berbual dan jika rasa bising, keluar sahaja dan sambung mesej secara teks. Pengguna Mac atau komputer turut boleh memanfaatkan fungsi ini melalui Telegram web, di mana pengguna boleh gunakan bar ruang untuk berbual.

Telegram turut dikemaskini untuk menjimatkan penggunaan data serta penggunaan storan peranti. Pelekat kini dipaparkan bentuknya terlebih dahulu sebelum visual penuh dipaparkan. Bagi pengguna Android dengan sokongan kad microSD, data-data Telegram kini boleh dipindahkan ke microSD. Peralihan animasi pada aplikasi Android turut diperbaharui sambil beberapa pelekat animasi diperkenalkan.

Kemampuan suntingan imej turut dikemaskini, yang mana kini lebih mudah untuk diakses. Kemaskini ini adalah kemaksini ke-12 tahun ini dari Telegram. Ia sudah pun diedarkan dan anda boleh kemaksini dengan muat turun versi baru di App Store atau Play Store.

Muat Turun Telegram Di App Store

Muat Turun Telegram Di Play Store



Paling Popular