Hukum Penggunaan Vaksin Covid-19 Adalah Harus, Dan Wajib Diambil Oleh Golongan Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Malaysia

Hukum Penggunaan Vaksin Covid-19 Adalah Harus, Dan Wajib Diambil Oleh Golongan Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Malaysia

Diterbitkan pada Dis 23, 2020 oleh .

Perdana Menteri sedia mengumumkan sebelum ini yang mana vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia. Selari dengannya, kini Hukum Penggunaan Vaksin Covid-19 telah diumumkan, dimana ia adalah harus, dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Keputusan ini adalah berdasarkan keputusan daripada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-10.

Penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah  perkara asing dalam perspektif syarak. Selain Malaysia, instisi fatwa dunia turut telah memfatwakan keharusan penggunaan vaksin.

Dalam isu pengambilan vaksin Covid-19, ia adalah ketetapan yang ditetapkan oleh  pihak kerajaan. ini kerana, pihak kerajaan dituntut memutuskan sesuatu keputusan yang paling mendatangkan maslahah kepada keseluruhan rakyat, setelah menimbangtara faktor-faktor yang pelbagai serta setelah mendapatkan pandangan-pandangan daripada pihak-pihak yang berkepakaran dan juga berautoriti.

Sebelum ini, ia telah diumumkan yang mana Malaysia akan mendapatkan vaksin Covid-19 yang dijangka merangkumi 83% populasi rakyat Malaysia.


Paling Popular