Cari @ Amanz

OnePlus dijangka mempelbagaikan penawaran produk mereka pada tahun 2021 kelak. Untuk penawaran peranti dibawah siri mercu sendiri, kini OnePlus dijangka memperkenalkan tiga variasi model – iaitu OnePlus 9, OnePlus 9 Pro dan juga OnePlus 9 Lite.

Mengikut laporan awal, OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro dijangka dilengkapi dengan cip mercu terbaru, Snapdragon 888. Apa pun, untuk OnePlus 9 Lite pula, pihak OnePlus dijangka menggunakan cip Snapdragon 865, sekaligus memastikan harga penawarannya kekal kompetitif.

Trend baru ini dilihat semakin popular akhir-akhir ini – dimana pengeluar menawarkan peranti dengan ciri-ciri mercu, tetapi dengan harga sedikit rendah. Antara yang pernah ditawarkan sebelum ini adalah termasuk iPhone 12 Mini, Galaxy S20 FE, dan beberapa model peranti yang lain.

Pihak OnePlus dijangka menyasarkan pelancaran siri OnePlus 9 pada awal 2021 kelak – sekitar Mac 2021.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd