Shopee Menawarkan Rebat 10% Untuk Pembayaran Bil Unifi – Sehingga 30 Disember 2020

Diterbitkan pada Dis 24, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Shopee kini hadir dengan promosi baru, menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk pembayaran bil Unifi Home, dan juga Streamyx. Promosi ini ditawarkan terhad sehingga 30 Disember 2020 ini.

Dengan penawaran ini, pengguna boleh lebih berjimat berbanding kebiasaan. Apa pun, Shopee hanya menawarkan rebat ini kepada 200 pengguna terawal sahaja setiap hari. 

Anda yang ingin mendapatkan rebat ini, perlu membuat penebusan baucar terlebih dahulu, dan melakukan pembayaran menggunakan Shopee untuk menikmati rebat 10% berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan talian Unifi, anda boleh mendapatkan baucar Shopee hari ini melalui laman khas yang disediakan pihak Shopee.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami