Carian
Maynuu – Satu Lagi Khidmat Penawaran Tempahan Makanan, Menawarkan Diskaun RM5
December 24, 2020 Aman

Maynuu merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk pemilik perniagaan mendigitalkan perniagaan mereka, terutamanya syarikat kecil dan yang memfokuskan kepada makanan.

Terbaru, Maynuu telah memperkenalkan Maynuu Discover. Melaluinya, ia memudahkan pengguna menemui kedai makan berdekatan, dan membuat tempahan makanan dari kedai-kedai berkenaan.

Pengguna boleh melihat kepada penawaran kedai makan, makanan yang disediakan, serta memilih ia untuk dihantar terus ke rumah atau pejabat anda. Buat masa ini, ia ditawarkan secara berasaskan web, tetapi menawarkan pengalaman yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih.

Selari dengan pengenalan ciri terbaru ini, kini Maynuu menawarkan diskaun sebanyak RM5 untuk tempahan makanan melebihi RM30 dengan menggunakan kod “DISCOVER“. Promosi ini ditawarkan oleh Maynuu sehingga 31 Disember 2020 kelak.

Bagi pemilik perniagaan pula, anda boleh mendaftar menyertai Maynuu melalui laman utama mereka hari ini.

Komen