Carian
Samsung Galaxy S21 Ultra Sah Akan Menyokong S Pen
December 24, 2020 Effi Saharudin

Beberapa ura-ura yang kami laporkan sebelum ini mengatakan Samsung Galaxy S21 Ultra akan menyokong stylus S Pen. Sebuah kerangka khas akan ditawarkan oleh Samsung dengan tempat simpanan S Pen secara terbina. Hari ini sokongan rasmi S Pen disahkan sendiri selepas peranti melepasi laman FCC di Amerika Syarikat.

Seperti S Pen pada Galaxy Note, ia menyokong tambatan blueooth untuk membolehkannya menjadi alat kawalan kamera, slaid pembentangan dan juga mengawal peranti secara nirsentuh. Siri Samsung Galaxy S21 dijangka dilancarkan pada Januari hadapan dengan tiga model ditawarkan. Dengan sokongan S Pen pada siri Galaxy S, masa depan siri Galaxy Note kelihatan semakin suram walaupun ia masih akan dilancarkan pada tahun 2021.

Komen