Carian
Vivo V20 (2021) Dilancarkan Di India Dengan Cip Snapdragon 730G
December 24, 2020 Amy Maizuraa

Dalam diam-diam, Vivo kini memperkenalkan sebuah lagi model baharu di bawah siri Vivo V20 menerusi kemunculan Vivo V20 (2021). Tidak banyak peningkatan yang ditemui. Sebaliknya, secara keseluruhan spesifikasinya adalah mirip seperti Vivo V20. Bezanya cuma, terletak pada penggunaan cip pemproses. Di mana, Vivo V20 (2021) dijana oleh cip Snapdragon 730G.

Vivo V20 (2021) hadir dengan paparan AMOLED bersaiz 6.44-inci dengan resolusi FHD+. Ia turut hadir dengan GPU Adreno 618, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Melengkapi peranti adalah bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 33W, tri-kamera di belakang dengan sensor utama 64-Megapixel dan kamera hadapan 44-Megapixel. Buat masa ini, ia dilihat hanya tersedia untuk pasaran India dan sudah dijual melalui laman web Amazon. Dengan pengenalan ini, terdapat sumber yang mendakwa Vivo bakal memberhentikan penawaran V20 standard di pasaran India.

Komen