Carian
Oppo Reno5 Pro+ 5G Diumumkan Secara Rasmi – Lensa Utama 50MP Dengan Sensor Sony IMX766
December 24, 2020 Amy Maizuraa

Seperti yang dijanjikan, Oppo Reno 5 Pro+ 5G kini diumumkan secara rasmi di China. Dari segi rekaan, ia dilihat mirip dengan Oppo Reno5 Pro dan salah satu titik utama jualan terletak pada sokongan kamera utama sebesar 50-Megapixel dengan sensor Sony IMX766.

Untuk spesifikasi, Oppo Reno 5 Pro+ 5G dilengkapi skrin sebesar 6.55-inci AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel) dengan skrin kadar segar semula 90Hz. Ia turut hadir dengan cip pemproses Snapdragon 865, GPU Adreno 650, memori sehingga 12GB RAM (LPDDR4X), storan sehingga 256GB (UFS3.1) dan bateri 4,500mAh bersama pengecasan pantas 65W.

Konfigurasi kamera terdiri dengan 50-Megapixel (Sony IMX766) (utama) (f/1.8) + 16-Megapixel (Ultra-Lebar) (f/2.2) + 13-Megapixel (f/2.4) + 2-Megapixel (Makro) (f/2.4). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel (f/2.4). Untuk harga, Oppo Reno5 Pro+ 5G dijual pada harga bermula RMB3999 (~RM2,487) untuk versi asas.

Komen