Carian
UiTM Bekerjasama Dengan Shopee – Ingin Hadir Dengan UiTM Marketplace
December 24, 2020 • Aman

UiTM hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan tiga syarikat dalam usaha membantu, mendidik, melatih dan memberi peluang kepada pelajar UiTM untuk menjadi usahawan secara atas-talian atau melalui kiosk.

Selari dengannya, salah satu syarikat yang UiTM menandatangani perjanjian persefahaman adalah Shopee.

Melalui kerjasama dengan pihak Shopee, UiTM ingin memanfaatkan kepakaran syarikat edagang tersebut untuk mewujudkan platform perniagaan  atas-talian dinamakan UiTM Marketplace.

UiTM Marketplace ini disasarkan untuk memberi peluang kepada pelajar dalam memasarkan produk keluaran mereka tersendiri.

Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan UiTM Marketplace ini. Usaha ini dilakukan UiTM dalam usaha membuka peluang kepada pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan.

Komen