Xiaomi Mungkin Hadir Dengan Sehingga 3 Telefon Boleh-Lipat Pada 2021

Diterbitkan pada Dis 25, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi pada tahun ini memperlihatkan peningkatan pegangan pasaran yang positif – selari dengan permintaan peranti Huawei yang berkurangan, sekaligus mendapatkan lebih pegangan pasaran di seluruh dunia.

Selari dengannya, tahun 2021 dijangka Xiaomi akan meneruskan momentum dan memperkenalkan pelbagai penawaran menarik dalam usaha menarik pengguna ke jenama mereka.

Terbaru, hadir desas-desus baru mengatakan  Xiaomi bakal memperkenalkan sehingga 3 telefon dengan skrin boleh-lipat pada tahun 2021 kelak.

Satu daripadanya akan menawarkan bentuk lipatan seumpama Galaxy Fold Z – dimana skrin dilipat ke dalam, satu pula menggunakan rekaan skrin dilipat-keluar, seperti Huawei Mate X.

Satu lagi model dijangka akan menawarkan rekaan telefon boleh-katup – seumpama Galaxy Z Flip.

Sama-sama kita nantikan perkembangan arena telefon boleh-lipat pada 2021 kelak. Selain Xiaomi, Oppo turut dijangka memperkenalkan telefon dengan skrin boleh-lipat mereka tersendiri pada 2021 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami