MediaTek Menjadi Pengeluar Cip Telefon Pintar Terbesar Dunia Pada Suku Ketiga 2020

MediaTek Menjadi Pengeluar Cip Telefon Pintar Terbesar Dunia Pada Suku Ketiga 2020

Diterbitkan pada Dis 25, 2020 oleh .

Counterpoint Research kini telah berkongsi data berkaitan cip pemprosesan yang digunakan pada telefon pintar bagi suku ketiga 2020 yang lepas. Melalui apa yang dilihat, MediaTek telah memegang pasaran sebanyak 31% pada suku ketiga 2020 lepas, melangkaui kedudukan Qualcomm yang memegang pasaran sekitar 29%.

Lebih 100 juta telefon pintar dijana cip MediaTek telah dijual pada suku ketiga 2020 lepas, sementara pihak Qualcommm pula dilihat menerajui arena telefon pintar dengan sokongan 5G.

Ia diperkatakan permintaan peranti pada harga rendah membawa kepada peningkatan kadar jualan cipset MediaTek. Sejumlah pengeluar telah mula menawarkan peranti dengan cipset MediaTek dengan lebih banyak jikalau dibandingkan dengan 2019 – antaranya termasuk Xiaomi dan Samsung.

MediaTek juga turut menjana telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G termurah yang ditawarkan oleh Realme.

Dengan persaingan sihat ini, sama-sama kita nantikan perkembangan arena ini pada tahun 2021 kelak.


Paling Popular