Kandungan Adobe Flash Tidak Boleh Dijalankan Bermula 12 Januari 2021

Diterbitkan pada Dis 25, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adobe telah sedia mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk Adobe Flash Player pada minggu hadapan, 31 Disember 2020 kelak. Dengan itu, Flash Player tidak lagi akan menerima sebarang kemaskini, sekaligus membuatkan format kandungan Flash ditamatkan.

Sekitar sedekad lebih yang dahulu, Flash merupakan kandungan yang popular digunakan untuk mengakses kandungan, atau permainan. Malah, Youtube dulu turut menggunakan Flash, dan memformatkan video  mereka sebagai *FLV.

Apa pun, sejak pengenalan telefon pintar, populariti kandungan Flash mula merudum sedikit demi sedikit – apatah lagi dengan Apple tidak menyokong format berkenaan. Malah, dengan masalah sekuriti dan sebagainya, lebih ramai beralih ke format lain.

Selari dengannya, kini Adobe telah menamatkan sokongan untuk Adobe Flash, dan turut menekankan yang mana dalam usaha memperketatkan sekuriti komputer pengguna, Adobe akan menghalang kandungan Flash daripada dijalankan melalui Flash Player bermula 12 Januari 2021 kelak.

Pelbagai pelayar web juga akan menamatkan sokongan Flash Player selepas 31 Disember 2020 kelak.

Bagi anda yang mempunyai Flash Player terpasang, anda boleh membuangnya daripada sistem komputer anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami