Samsung Galaxy Z Fold3 Akan Dilengkapi Skrin Lebih Kecil Bagi Menyokong S Pen

Diterbitkan pada Dis 25, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat ura-ura mengatakan Samsung Galaxy Z Fold3 akan dilancarkan tahun hadapan dengan sokongan S Pen. Dengan tubuh peranti yang amat besar, ini ialah perkara yang tidak mengejutkan kerana ia sepatutnya telah diberikan sejak versi pertama lagi. Hari ini @DSCCRoss yang banyak meniriskan maklumat tepat mengenai teknologi skrin berkata, Z Fold3 kelak akan dilengkapi skrin lebih kecil.

Ini adalah bagi membolehkan sokongan S Pen diberikan. Saiz skrin akan berubah ke 7.55″ dari 7.59″ manakala skrin hadapan pula berkurangan ke 6.21″ dari 6.23″. Untuk meletakkan dermaga simpanan S Pen seperti Note, pengurangan saiz skrin perlu dilakukan. Tambah beliau lagi Galaxy Z Flip 3 pula akan dilengkapi skrin lebih besar 6.7″ berbanding 6.67″ tahun ini.

Tahun hadapan barisan peranti boleh-lipat Samsung akan meningkat dengan versi lebih murah dijangka dilancarkan. Mungkin akhirnya tahun hadapan semakin ramai akan menggunakan peranti skrin boleh-lipat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami