Cari @ Amanz

Apple sedia mengumumkan fon kepala mereka tersendiri, dinamakan AirPods Max. Namun, ketika pengenalan, Apple tidak menawarkan beg yang memudahkan ia dibawa kemana-mana oleh penggunanya.

Selari dengannya, kini perekabentuk pihak ketiga, Waterfield Design telah hadir dengan penawaran mereka tersendiri berupa sebuah beg khusus untuk menyimpan dan membawa AirPods Max.

Menariknya, beg simpanan ini turut menyertakan sebuah ruangan magnetik khusus yang mengaktifkan penggunaan tenaga rendah apabila ia disimpan dalam beg berkenaan.

Disamping itu, ia turut menyertakan ruangan khusus untuk menyimpan kepala pengecas, serta wayar untuknya.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan untuk beg ini melalui laman khusus yang disediakan pada harga $99, iaitu sekitar RM400 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd