Carian
CEO Xiaomi Mengesahkan Mereka Tidak Akan Menyertakan Pengecas Dalam Kotak
December 26, 2020 Aman

Lanjutan daripada laporan pagi ini, kini CEO Xiaomi sendiri, Lei Jun telah mengesahkan yang mana Mi 11 akan hadir dengan rekaan kotak yang baru – lebih nipis dan ringan.

Pada masa yang sama, Xiaomi turut mengesahkan mereka tidak akan menyertakan pengecas secara terbina dalam kotak Mi 11.

Lei Jun mengatakan pada hari ini ramai sedia mempunyai pengecas mereka tersendiir, dan menambahnya lagi menjadikannya tidak mesra alam. Lei Jun turut  berpendapat ramai yang mungkin tidak bersetuju dengan langkah ini, atau mengadu disebabkannya.

Xiaomi mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkenaan hal ini pada hari Isnin ini, selari pelancaran Xiaomi Mi 11. Lei Jun juga meminta supaya orang ramai terus menyokong jenama berkenaan.

Komen