Alphabet Mempatenkan “YouTube” Untuk Membandingkan Video Teknik Pembedahan

Diterbitkan pada Dis 26, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Alphabet, ibu syarikat Google mempunyai bahagian yang memfokuskan kepada kesihatan dan perubatan, dinamakan sebagai Verily. Terbaru, Verily ini telah memfailkan sebuah paten baru yang memperlihatkan kemudahan untuk membandingkan video teknik pembedahan.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan doktor dan pakar bedah  untuk membandingkan teknik yang digunakan oleh mereka atau pakar bedah yang lain. Pada hari ini, pakar bedah diperkatakan menonton video secara manual, dan sukar untuk melakukan perbandingan teknik.

Penawaran ini juga akan memudahkan pakar bedah untuk mengetahui teknik terbaru. Dari  segi teknikal, paten ini memperlihatkan ia akan menyamakan sejumlah perkara dalam memudahkan perbandingan dalam video dilakukan – termasuk dari segi resolusi, kadar bingkai dan sebagainya.

Buat masa ini, Verily sekadar memfailkan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan direalisasikan sepenuhnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami