Cari @ Amanz

Bagi anda yang baru mendapatkan produk Apple, mungkin anda menghadapi sedikit masalah dala mendaftar masuk atau menggunakan akaun Apple iCloud. Pihak Apple mengesahkan perkara ini, dan mengatakan segelintir pengguna terjejas disebabkan olehnya.

Buat masa ini, halaman sokongan Apple sekadar memperlihatkan masalah dengan daftar masuk dan akaun iCloud sahaja. Sebab disebaliknya tidak diketahui, dan pelbagai perkhidmatan lain berjalan dengan lancar.

Apple mengatakan masalah ini disebabkan oleh penggunaan yang tinggi, dan mungkin memberikan kesan dalam menetapkan akaun iCloud. Pengguna diminta mencuba kembali dalam masa beberapa jam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd