Cari @ Amanz

Menerusi Apple M1, dunia baru komputer yang menggunakan cip ARM mula membina momentum selepas beberapa usaha sebelum ini tidak mendapat sambutan. Hari ini imej kotak komputer riba Huawei Qingyun L410 dengan cip Kirin 990 telahpun tertiris ke arena web.

Komputer riba ini dipadankan skrin 14″ FHD, memori sebesar 8GB RAM dan storan sebesar 512GB SSD. Ia bakal menggunakan sistem operasi Deepin OS 20 yang bersaskan Linux dan dipercayai boleh dinaiktaraf ke HarmonyOS kelak.

Tahun 2021 ini Huawei akan melancarkan ekosistem HarmonyOS akan boleh digunakan pada komputer riba, telefon, jam tangan pintar, peranti berhubung, speaker dan kereta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd