Cari @ Amanz

Maybank hari ini mengeluarkan peringatan kepada pengguna, mengatakan terdapat sebuah SMS berbentuk phishing yang kini dihantar kepada pengguna dengan matlamat untuk mencuri data pengguna.

Melalui SMS yang dihantar seolah-olah dari Maybank berkenaan, ia turut menyertakan pautan palsu – dimana apabila pengguna kliknya, ia akan bertindak untuk mendapatkan data pengguna untuk tujuan yang tidak baik.

Pihak Maybank mengingatkan supaya sering berhati-hati dengan pautan pada SMS. Pastikan anda melayari laman Maybank2U yang tepat melalui pelayar web anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd