Black Shark Melancarkan Tiga Aksesori Pengecas, Kabel Dan Butang Kawalan Fizikal

Diterbitkan pada Dis 28, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti untuk permua kegemaran kami ialah Black Shark kerana harga jualan yang lebih mampu milik dan aksesori yang memang membantu dalam permua kegemaran. Pada hujung minggu lalu mereka melancarkan tiga aksesori terbaru mereka dalam bentuk pengecas, kabel pengecas dan butang kawalan fizikal.

Pengecas terkini mereka menyokong pengecasan 30W dan bersaiz kecil. Walaupun kecil masih mempunyai dua output dalam bentuk USB-C dan USB-A. Pengecas ini ditawarkan pada harga RMB 79 (~RM 49). Seterusnya ialah kabel pengecasan pantas dengan sambungan 90 darjah kepada tubuh peranti. Dua versi dihasilkan dengan iaitu USB-A ke USB-C dan USB-A ke Lightning. Kabel-kabel ini dijual pada harga RMB 59 (~RM 36).

Akhir sekali ialah alat kawalan permua fizikal terbaru yang lebih kecil berbanding Black Shark Gaming Trigger yang ditawarkan sebelum ini. Pengawal baru ini dilengkapi dua butang fizikal dan disepitkan pada tubuh peranti. Ia dijual pada harga RMB 39 (~RM 24) sebuah. Sekiranya dibeli secara sepasang, peranti anda akan mempunyai butang R1, R2, L1 dan L2 seperti alat kawalan konsol standard.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami