Corning Dalam Fasa Terakhir Pembangunan Penyelesaian Untuk Skrin Boleh-Lipat

Corning Dalam Fasa Terakhir Pembangunan Penyelesaian Untuk Skrin Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Dis 28, 2020 oleh .

Corning merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran kaca yang tahan penggunaan biasa, melalui penjenamaan Gorilla Glass. Terbaru, ia dilaporkan yang mana Corning dalam fasa terakhir pembangunan untuk kaca pelindung mereka bagi skrin boleh-lipat.

Sebelum ini, Corning telah memulakan fasa ujian pada bulan September lepas, dan menyasarkan memperkenalkannya dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Untuk tahun 2021 kelak, pelbagai syarikat dijangka memperkenalkan telefon dengan rekaan skrin boleh-lipat, sekaligus membuat permintaan dan persaingan dalam arena skrin boleh-lipat ini.

Dengan penyertaan Corning dalam arena ini, ia sekaligus akan meningkatkan lagi persaingan antara pengeluar-pengeluar kaca yang lain di pasaran.



Paling Popular