Kini Anda Boleh Membeli Tambah-Nilai Google Play Melalui Boost

Kini Anda Boleh Membeli Tambah-Nilai Google Play Melalui Boost

Diterbitkan pada Dis 28, 2020 oleh .

Boost merupakan salah satu dompet digital yang digunakan secara meluas di Malaysia. Terbaru, Boost kini telah menambah ciri yang memudahkan pengguna untuk membuat pembelian tambah-nilai untuk Google Play.

Melalui  Boost, kini anda boleh mendapatkan tambah-nilai Google Play pada nilai RM10, RM20, RM50, RM100 dan juga RM200. Ia akan ditawarkan dalam bentuk kod selepas pembelian, dan anda perlu menebusnya pada Google Play.

Dengan langkah ini, anda tidak perlu menambah sebarang kad kredit atau debit pada Google Play, dan boleh membuat pembelian kredit untuk ditebus melalui Boost.

Untuk melakukan pembelian, pergi pada tab “More” dalam aplikasi Boost, pilih Games, dan seterusnya Game Credits.



Paling Popular