“The Mandalorian” Merupakan Siri TV Yang Paling Banyak Di”lanun” Pada 2020

“The Mandalorian” Merupakan Siri TV Yang Paling Banyak Di”lanun” Pada 2020

Diterbitkan pada Dis 28, 2020 oleh .

Pada setiap penghujung tahun, pihak TorrentFreak akan melihat kepada senarai rancangan siri-TV yang paling banyak dimuat-turun melalui torrent. Untuk tahun ini, senarai berkenaan diterajui oleh siri TV “The Mandalorian” terbitan eksklusif untuk Disney+.

Menduduki tangga kedua adalah “The Boys” yang diterbitkan di Amazon Prime Videos, sementara “Westworld” yang diterbitkan di HBO pula pada tangga ke empat.

Daripada apa yang disaksikan, siri TV yang dilanun ini adalah yang diterbitkan eksklusif pada perkhidmatan penstriman – membuatkan pengguna memerlukan langganan berbeza-beza untuk menonton siri ini. Mungkin ia sekaligus membuatkan pengguna terpaksa bergantung kepada laman lanun untuk menontonnya.

Pada masa yang sama, perkhidmatan penstriman berkenaan tidak boleh diakses secara global, membuatkan ramai yang tidak ingin ketinggalan untuk turut melihat kepada kaedah ini untuk menonton.

Dengan tahun 2021 menjelang tiba, lebih banyak siri dijangka diterbitkan secara eksklusif untuk sesuatu platform penstriman – yang mungkin membawa kembali kadar lanun yang tinggi berbanding kebiasaan.



Paling Popular