Cari @ Amanz

Teori konspirasi 5G ialah antara subjek yang mendapat bualan ramai tahun ini kerana dikatakan menyebarkan wabak Covid-19. Tiada langsung fakta sains yang menyokong teori palsu ini tetapi kami masih dapat melihatnya disebarkan di beberapa laman media sosial popular tempatan. Pada Hari Krimas lalu, sebuah serangan bom telah dilakukan di Nashville, Tennessee Amerika Syarikat. Kini pihak berkuasa percaya motif serangan adalah berkait dengan teori konspirasi 5G.

Pembuat bom Anthony Warner adalah satu-satunya yang terkorban di dalam serangan menggunakan bom buatan sendiri. Tetapi sasaran beliau pada waktu tersebut ialah bangunan pemancar syarikat telekomunikasi AT&T. Menurut pihak berkuasa mendiang percaya teknologi 5G boleh menyebabkan kematian dan antara mangsanya ialah bapa beliau sendiri yang pernah bekerja dengan syarikat subsidiari AT&T.

Di A.S, Tennessee ialah antara negeri yang menjadi pusat penyebaran teori konspirasi 5G. Sebelum ini terdapat beberapa menara 5G menjadi mangsa serangan. Kini terdapat kerisauan jumlah serangan yang serupa akan meningkat di A.S kerana jumlah jangkitan serta kematian Covid-19 yang semakin tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd