Honor Bekerjasama Dengan Microsoft – Bakal Menawarkan Komputer Riba Baru Pada Januari

Honor Bekerjasama Dengan Microsoft – Bakal Menawarkan Komputer Riba Baru Pada Januari

Diterbitkan pada Dis 28, 2020 oleh .

Honor kini telah pun mengasingkan syarikat mereka sebagai firma berasingan daripada Huawei. Selari dengannyal kini Honor dilaporkan telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Microsoft untuk menggunakan Windows 10 sebagai sistem operasi pada komputer riba keluaran mereka.

Ini sekaligus memperlihatkan Honor sedang bergerak pantas dalam memastikan operasi mereka berjalan lancar pada 2021 – dan telah mula bekerjasama dengan satu demi satu syarikat baru untuk memastikan kelangsungan syarikat mereka.

Selari dengannya, Honor dipetik mengatakan Honor MagicBook baru akan diperkenalkan pada Januari 2021 kelak, serta MagicBook Pro dijana cip Intel Core i5 dan Windows 10 akan hadir pada Januari  untuk pasaran global.

Honor sebelum ini telah  diperkenalkan sebagai sub-jenama Huawei pada 2013 yang lepas – tetapi kini dijual oleh Huawei untuk beroperasi sebagai syarikat berasingan disebabkan oleh tekanan halangan perdagangan oleh Amerika Syarikat.

Honor sebelum ini dilaporkan menyasarkan untuk mengatasi Huawei dalam masa terdekat ini, dan memberikan persaingan sihat kepada Huawei dan syarikat-syarikat lain.


Paling Popular