Siri Peranti Xiaomi Mi 11 Menerima Lebih 200,000 Pra-tempahan Di China

Siri Peranti Xiaomi Mi 11 Menerima Lebih 200,000 Pra-tempahan Di China

Diterbitkan pada Dis 28, 2020 oleh .

Xiaomi Mi 11 ialah peranti pintar pertama yang akan tiba di pasaran yang dikuasakan oleh SoC terbaru keluaran Qualcomm, iaitu Qualcomm Snapdragon 888 yang baru sahaja diperkenalkan beberapa bulan lalu.

Ia dilaporkan bahawa pra-tempahan untuk peranti ini telahpun dibuka melalui platform penjualan digital popular di China, JD.com. Menurut beberapa laporan, ia dianggarkan seramai 226,000 orang telah pra-tempah peranti ini pada platform itu sahaja.

Dari segi spesifikasi dalaman, selain daripada CPU Snapdragon 888 yang terbaru ini, ia turut hadir dengan pilihan memori dan storan sehingga 8GB dan 128GB.

Xiaomi dijangka akan memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model peranti Mi 11, termasuklah Mi 11 dan Mi 11 Pro, dimana perbezaan paling utamanya dilihat pada rekaan kamera. Mi 11 dijangka hadir dengan sistem kamera tiga lensa, dimana Mi 11 akan dilengkapi dengan sensor 108MP, manakala Mi 11 Pro akan menggunakan sensor 200MP.

Ini cukup menarik kerana Lei Jun sebelum ini sudahpun mengesahkan bahawa siri peranti Mi 11 ini tidak akan hadir dengan sebarang kepala pengecas di dalam kotak.

Xiaomi Mi 11

Siri peranti Xiaomi Mi 11 akan dilancarkan pada hari ini, dan akan memperlihatkan tanda harga rasminya dengan tarikh pelancaran kelak.



Paling Popular