Sony Membangunkan Sensor IMX789 Khusus Untuk Oppo

Diterbitkan pada Dis 28, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sensor kamera adalah penting kerana boleh memastikan gambar yang baik diambil pada peranti mudah alih. Kini kedengaran ura-ura Sony sedang membangunkan sensor baru khusus untuk digunakan pada peranti Oppo X3 yang dilancarkan tahun hadapan.

Sensor Sony IMX789 akan digunakan terlebih dahulu oleh Oppo sebelum dijual kepada pengeluar lain. Ia mungkin akan menggantikan sensor IMX689 yang digunakan pada peranti mercu Oppo Find X2 tahun ini. Tiada maklumat lain diketahui tetapi ini bukanlah kerjasama pertama di antara Sony dan Oppo dalam penggunaan sensor kamera.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami