Night Sight Kini Tidak Boleh Digunakan Pada Lensa Ultra-lebar Peranti Pixel 4a 5G Dan Pixel 5

Night Sight Kini Tidak Boleh Digunakan Pada Lensa Ultra-lebar Peranti Pixel 4a 5G Dan Pixel 5

Diterbitkan pada Dis 28, 2020 oleh .

Ciri Night Sight pada Google Pixel 4a 5G dan Pixel 5 hadir pada semua kamera-kamera peranti tersebut, termasuklah pada tetapan ultra-lebar yang membenarkan mereka bereksperimen dengan pelbagai cara untuk mengambil gambar dengan jumlah cahaya yang rendah.

Kemaskini terbaru untuk kamera peranti-peranti ini, iaitu versi 8.1 nampaknya telah membuang ciri tersebut daripada peranti-peranti ini, oleh kerana orang ramai yang membuat aduan bahawa kualiti gambar Night Sight dalam tetapan lensa ultra-lebar tidak begitu baik.

Mereka mengatakan bahawa berbanding dengan tetapan zum lensa pada x1.0, gambar yang diambil menggunakan Night Sight pada tetapan ultra-lebar mempunyai kualiti yang jauh lebih rendah dari segi ketajaman gambar, ketepatan warna dan juga kualiti gambar secara keseluruhan.

Dengan kemaskini terbaru ini, Night Sight hanya boleh digunakan apabila lensa kamera peranti Pixel 4a 5G dan Pixel 5 ini ditetapkan pada x1.0 dan keatas, dan tidak akan boleh dipilih apabila lensa berada dalam tetapan ultra-lebar.

Google tidak mengatakan secara khusus mengapa mereka membuang ciri ini daripada peranti tersebut, tetapi aduan-aduan yang dibuat oleh orang ramai seperti yang dikatakan sebelum ini mungkin adalah sebab utamanya.

Ia juga tidak diketahui jika Google akan memperbaiki isu ini, ataupun akan membiarkannya dan memfokuskan perhatian mereka untuk memastikan isu ini tidak berulang pada peranti Google Pixel akan datang.



Paling Popular